Mama dah hampir 2 minggu makan ubat sebab demam, selsema, migrain dan gastrik. Kira pakej lengkap lah ... Amir datang lah picit-picit kepala. Hmmm, tak sampai pun 3 minit hehehe ...
Sambil tu dia cakap ...
Amir: "Mama, Allah bagi Mama sakit sebab Mama buat Allah marah ye. Mama jangan lupa minta maaf kat Allah ye ..."
Mama tersenyum dengar apa yang Amir cakap. Alhamdulillah dia dah besar. Terima kasih kerana ingatkan Mama, sayang ...
Bertarikh: 26hb Dis 2011
No comments:
Post a Comment
Laman "GELAGAT AMIR" mengalu-alukan kesudian anda memberikan komentar / pandangan / kritikan dsbnya. 'Word verification' telah dimansuhkan, namun 'comment moderation' tetap diteruskan dengan niat agar penulis tidak terlepas pandang dan dapat membalas setiap komentar yang diberikan. Terima kasih ( :