27 February 2012

Cakap-cakap

Mama ade kelas tambahan, jadi bawa Amir sekali. Dia takut duduk seorang di luar, jadi Mama bawa dia masuk ke dalam kelas dan dia memang tak kacau pun.

Bila dalam kereta di perjalanan balik, dia berkata:

Amir: "Mama, lain kali ada kelas, Mama kena bawak Amir tau ..."

Mama: "Kenapa?"

Amir: "Sebab Amir boleh tolong tengok budak-budak yang bercakap. Kalau budak-budak bercakap, Amir akan cakap kat Mama ... Mama bolehlah denda ... Tapi, tadi budak-budak cakap-cakap Mama tak marah pun ..."

Hahaha ... Dia dah biasa budaya di tadika tak boleh bising-bising, nanti cikgu dia marah ...

Bertarikh 19hb Feb 2012

20 February 2012

Terima kasih

Kami nak keluar beli barang, jadi Amir tanya nak naik kereta siapa. Kemudian Ayah cakap naik keretanya kerana dah diletakkan di luar.

Amir: "Alaaaa, naik la kereta Mama ... Kereta Mama cantik, luas pula tu, bersih ..."

Mama tgh dukung adik dan malas nak layan apa Amir cakap. Kemudian, Amir pandang Mama dan berkata:

Amir: "Mama, Mama patut cakap apa?"

Mama: "Cakap apa, naik aje lah kereta Ayah ..."

Amir: "Bukan ... Bukan ... Amir dah puji kereta Mama ni ..."

Mama: "So ?"

Amir: "Cikgu Amir cakap kalau orang puji kita, kita kena cakap terima kasih ..."

Mama: "Oooo OK ... Terima kasih ..."

Bertarikh: 19hb Feb 2012
 

06 February 2012

Rumahku Syurgaku

Amir: "Mama, ini syurgaku ..."

Mama: "Apa ??"

Amir: "Ini syurgaku !!" [ala-ala jerit]

Mama: "What ?? Tak payah jerit, Mama bukan tak dengar lah ..." [masih tidak faham]

Amir: "Cikgu Amir ajar ... Rumahku Syurgaku ... Ini [jari telunjuk tunjuk lantai rumah] jadi syurga ..."

Mama: "Ha'a ... Rumahku Syurgaku ...

Hehehe ... Baru Mama faham dia nak cakap apa ....

Bertarikh: 2hb Feb 2012