18 December 2012

Facebook



Amir: "Facebook tu apa Mama? Sume (semua) orang cakap pasal Facebook tapi Amir tak faham pun. Cube (cuba) mama tengok ni ... Dalam tablet Amir pun ade (ada) gambar 'f' ..."

Bertarikh 11hb Nov. 2012
 

10 September 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 8 (Akhir)

Mesej dari bonda Amir, puan S.A.:

Tak sempat nak tutup edisi Ramadhan Amir ... Alhamdulillah, dia dapat berpuasa penuh tau ... Rasanya tak terlewat lagi Amir nak ucap selamat hari raya pada semua. Yang tak puasa penuh, jangan lupa ganti ye.

Bertarikh 24hb Ogos 2012

07 September 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 7

Amir: "Kawan-kawan Amir semua ada dua kampung, kenapa Amir ada satu kampung je mama ?"

Mama: "Errrkk !! Hehehe ... Jadilah Amir, janji ada kampung ... Huhuhu ...

Salam Aidilfitri semua. InsyaAllah Amir akan berpuasa penuh. Sehari je lagi. Amir kata dia akan bersabar ... Hehehe ...

Bertarikh 17hb Ogos 2012

05 September 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 6

Balik dari sekolah ...

Amir: "Mama, kita kan dengar lagu raya ni, Mama buka la lagu raya ... Kenapa Mama buka lagu English ni ..."

Mama ni bukan suka sangat dengar lagu dalam kereta. Tak sedar pun lagu apa. Pertama kali agaknya anakanda Amir nak merasai nikmat beraya. Mode dia memang gembira ...

Bertarikh 17hb Ogos 2012 

29 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 5

Apabila ditanya pengertian puasa pada Amir.
 
A (Amir): "Oooo ...  Puase tu tak boleh makan dan tak boleh minum ..."

 
M (Mama): Apa yang best tentang puasa ni ?

A: "Hmmm ... Amir suka sebab Mama bagi Amir minum air manis dan sejuk pulak tu ... [Mama memang terpaksa tak bagi dia minum ais sebab lelah] dan mestilah orang puasa boleh raya ... Hmmm ... Tapi adik pun boleh beraya walapun tak puasa ..." [nak jugak kaitkan adik dia]

 
M: Apa yang tak best kalau puasa ni dah habis ?
[Lama juga dia ambil masa nak jawab]

A: "Hmmm, Amir rasa mesti Amir akan gemuk balik lah Mama ..."

Hahaha ... Tulus aje jawapan dia ( :

Bertarikh: 14hb Ogos 2012

27 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 4

Dua minggu pertama jika balik dari sekolah, Amir mesti merungut-rungut haus. Mama pastinya akan berkata, "Sabarlah sayang ... 4-5 jam aje lagi ... Nanti minumlah ... Boleh pilih nak minum apa ..."
 
Lepas dua minggu, Amir balik dari sekolah dan masih merungut haus. Mama cuma kata, "Itu air kat dapur tu banyak ... Kalau haus pergi lah minum ..."

Secara automatiknya Amir akan menjawab, "Amir puasa lah Mama ... Kenapa Mama tak cakap macam yang Mama biasa cakap tu ..."

Hehehe ...

Bertarikh: 14hb Ogos 2012

17 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 3

Masa di kaunter Jasko* ... [*bukan nama sebenar]
Amir: "Mama, Amir nak buka dalam kereta, boleh ?"
Mama: "Ni kenapa tetiba pula nak buka puasa pulak ni, ni yg Mama malas bawa shopping ni ... Haaa ... Kan dah letih ... Bla bla bla ..."
Amir: "Mama, Amir cuma nak buka ni dalam kereta ..." [patung Ultraman yang Ayahnya beli tadi]
Oppsss ... Sorry ...
Bertarikh: 11hb Ogos 2012
 

15 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 2

Tokma: "Amir ni hari-hari makan akok. Sedap sangat ke ?"

Amir: "Mestilah sedap Tokma ..."

Tokma: Hmmm, eloklah tu, esok - esok kena kahwin dengan orang Kelantanlah kalau suka akok ..."
 
Amir: Hmmm tak bolehlah Tokma, esok Amir sekolah tadika lagi, baru enam tahun ..."

Hahaha ... Tergelak besar kami. Terkena juga Tokmanya ...

Bertarikh 26hb Julai 2012

13 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 1

Amir: "Kuih apa Atok beli ni, tak sedap laaa ..."

Mama: "Tak baik cakap macam tu depan makanan, tak elok, dosa ..."

Amir: "Sorry Mama ..." Terus dia berpaling ke arah kanan, agak membelakangi makanan dan berkata, "tak sedap la kuih atok beli ni ...

Bertarikh: 26hb Julai 2012

10 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Maghrib - Isyak

Anakanda Amir akan sembahyang Maghrib dengan ayahnya. Dia begitu bersemangat nak solat Isyak diikuti sunat terawih yang diimamkan oleh datuknya di rumah. 

Semangatnya bertambah lagi kerana makcik dan datuknya akan upah RM 1 setiap kali berpuasa penuh dan solat terawih. Amir siap berkata, "Amir kayalah Mama ..." Hehehe ... 

Bertarikh 23hb Julai 2012

08 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Pasca berbuka

Alhamdulillah, bila sudah berbuka puasa barulah senyuman Amir jadi lebar sikit dan dia akan minta kain untuk bantu Mama lap meja makan. Tak bersih pun dia lap, sebab Mama yang kena lapkan semula ...
 
Bertarikh 23hb Julai 2012


06 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: 30 min ke waktu berbuka

Inilah waktu kronik, kerana dia akan pegang kuih akok dan tenung air yang dia beli sambil, "Adoiii, adoiii ... Tak tahan ..."

Tetapi Mama akan alihkan pandangan dengan cara meminta dia menyusun cawan dan pinggan di atas meja. Nasib baiklah yang Amir ini memang menurut perintah sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012


03 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 4 ~ 5 petang

Ayah akan ajak Amir pergi sembahyang Asar di surau dan terus ke bazar ramadhan. Bahagian ini yang dia paling suka sebab Mama benarkan dia pilih satu jenis air dan satu jenis makanan kesukaan. Sudah semestinya, kuih akok dlm senarai teratas ...

Bertarikh 23hb Julai 2012


01 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 2 ~ 3 petang

Amir: "Mama, sekarang dah pukul berapa ? Kena tunggu sampai pukul berapa ?"

Mulalah dia ambil jari Mama nak kira jam. Waktu ini dia dah gaya-gaya merengek tetapi nanti Mama umpan dengan permainan atau cuma urut-urut perut dia sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012


30 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 12 tengahari

Amir: "Aduiii, macam rasa laparlah [masa itu dia tertengok adik Elan minum susu].

Cepat-cepat Amir tutup mata sambil berkata:

Amir: "Elan, pergilah minum jauh sikit, abang puasa ni ..."

Bertarikh 23hb Julai 2012


27 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Waktu bersahur

Tidak susah hendak mengejutkan Amir. Dua kali menyebut namanya pasti dia akan terbangun. Amir akan berkata:

Amir: "Mama, Amir nak makan nasi banyak sikit supaya nasi ni dapat tunggu sampai petang. Nak Milo juga ye ..."

Bertarikh: 23hb Julai 2012


25 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Introduksi

Mesej dari ibu Amir:

Alhamdulillah, anakanda Amirul berjaya mengharungi ujian untuk dua hari permulaan puasa. Bagi orang yang pertama kali berpuasa, memang Mama kena banyak sabarkan dia. Hehehe ... 

Bertarikh: 23hb Julai 2012


23 July 2012

Belajar sesuatu

Suatu hari, ketika makan malam dengan Amir ... 
Amir: "Ayah, apa Ayah belajar hari ini ?"
Ayah: "Huh ..." [terdiam tidak berkata apa]
Biasanya aku yang tanya soalan itu, hari ini dia pula yang bertanyakan.
Tetapi selepas pada itu terpikir juga, takkan dalam satu hari kita tidak belajar apa-apa ?
Atau kita tidak sedar yang kita sebenarnya dah belajar sesuatu ...
Bertarikh: 19hb Jul 2012
 

11 July 2012

Susu adik

Amir: "Nanti Amir nak minumkan susu adik, ye Ayah ..."
Ayah: "Tak boleh ..."
Amir: "Alaaa Ayah, Amir nak minumkan susu adik. Boleh laa ayah ..."
Ayah: "Tak boleh. Amir minum la susu Amir sendiri ...
Amir: Ayahhh ... Amir bukan nak minum susu adik laaa .. Amir cuma nak pegang susu adik bila adik minum laaa ...
Hahaha ... Tergelak tengok dia tension ... Saje aje Encik MF menyakat anak ...
Bertarikh 26hb Mac 2012
 

05 July 2012

Anggur

Mama: "Amir, tolong ambilkan Mama anggur dua-tiga biji ..."

Amir: "Kena ambil lima biji ke, Mama ?"

Mama: "Tak payahlah banyak-banyak ... Mama nak dua-tiga biji aje ..."

Amir: "Tapi nak ambil berapa sebenarnya ni ? Mula-mula Amir kena ambil dua biji ... Lepas tu, Amir kena ambik tiga ... Kan jumlahnya lima biji ..."

Mama: "Ishhh budak ni ... OK, Amir ambilkan mama tiga biji, boleh ?" [suara dah tinggi; nak makan buah anggur pun nak kena prektis matematik juga ke ?)

Amir: "Haaa ... Kan senang Mama cakap tiga biji ..." (terus pergi ambil, tak tanya apa-apa)

Bertarikh: 23hb Jun 2012
 

27 June 2012

Belajar bahasa Kelantan

Amir: "Ayah kalau 'hujan', kita cakap 'huje' kan ?"
 
Ayah : "Ya ..."

Amir: "Kalau 'makan' ?"

Ayah: "Make ..."

Amir: "Kalau nak cakap 'buku' ?"

Ayah: "Kita cakap 'book' ..."

Amir: "Ayah, tu bahasa Inggeris lah ... Amir nak yang Kelantan punya ..."

Ayah: "Betul lah tu ... Bunyi dia lain sikit ..."

Amir: "Oooo ... Emmm, kalau Amir nak cakap 'saya' ?"

Ayahnya diam sekejap, kemudian berkata 'takdok' ...

Amir: [Muka keliru] 'Saya' dalam bahasa Kelantan 'takdok',  peliklah Ayah ..."

Hahaha ... Mama dah gelak guling-guling kat belakang ...

Bertarikh: 23hb Jun 2012

30 April 2012

Dagu

Amir: "Mama, janggut Mama ada berapa ?" [sambil pegang dagu]

Mama: "Itu bukan janggut, itu dagu ..."

Amir: "Ooo ... Hmm dagu Mama ada berapa ?"

Mama: "Mestilah satu ..."

Amir: "Allah bagi semua orang dagu satu ke Mama? Tapi Tokma cakap dagu Amir ada dua ... Dagu Atok pula ada tiga ..."

Mama: "Hehehe ..." [sambil itu Amir datang dan sentuh dagu mama] "Mama punya dagu pun dua laaa ..."

Hissshhh budak ini ... Itu jawapan sensitip bagi mama ...

Bertarikh: 21 April 2012

23 April 2012

Cekodok vs Cebok

Masa tengah mandi ...

Amir: "Elan, bagilah 'cekodok' tu kat abang pulak. Abang nak mandi ..."

Mama: "Bukan 'cekodok' lah sayang ... 'Cebok' ..."

Bertarikh: 21hb April 2012

26 March 2012

Cerita dongeng

Mama ajar Amir baca buku cerita 'Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil'. Bolehlah baca walaupun merangkak-rangkak.  Tapi, baca satu cerita ni pun pelbagai soalan Amir tanyakan yang Mama tak boleh nak terangkan. Antara soalannya:

(1) "Ibu tiri tu apa Mama, emak juga kan ? Kenapa dipanggil tiri?"

(2) "Orang kerdil ni orang kecil ye ? Amir ni pun kerdil juga ke? Sebab Amir kecil ..."

(3) "Mama, kenapa permaisuri ni bercakap dengan cermin?"

(4) "Mama, Puteri Salji ni muat ke nak masuk rumah orang kerdil ni ? Puteri salji kan besar ?"

(5) Kenapa Putera Raja tu nak cium Puteri pula ? Kalau cium boleh hidup balik ke? 

Naik stress Mama nak jawab perihal cerita dongeng ni.

Bertarikh 16hb Mac 2012
 

19 March 2012

Orang Utan

Masa pergi ekspo di Shah Alam. Ada banyak poster, dan ada beberapa yang menarik minat Amir.

Amir: "Mama, ni kura-kura kan Mama ?"

Mama: "Taklah, ini penyu. Kura-kura kecil, penyu besar ..."

Amir: "Ooo, ini apa pula Mama ?"

Mama: "Ini Orang Utan."

Amir: [Muke berkerut dan geram.] "Mama! Amir ni tanya, Mama jawablah elok-elok. Nama ni apa ?"

Mama: "Betul lah Mama cakap. Orang Utan !"

Amir: "Tapi Mama cuba tengok betul-betul. Itu kan haiwan, kenapa Mama kata dia orang pula ??"

Kebetulan masa dia cakap tu ramai pula orang sekeliling. Senyum simpul aje lah Mama ...

Bertarikh: 16hb Mac 2012

12 March 2012

Nama 'kecik'

Dalam perjalanan pulang setelah mengambil Amir ...

Amir: "Mama, tu kawan Amir. Nama dia Asraf. Cuba Mama teka 'nama kecik'  dia apa ?"

['Nama kecik' ?? Hahaha tergelak dalam hati ... Nama timangan lah tu ...]

Mama: "Asraf ... Ooo senang aje ... Panggil Acap la kan ..."

Amir: "Taklah ... Kawan-kawan panggil dia Kicap ... Nama dia macam nama makanan kegemaran Amir kan Mama ... Nasi + Telur + Kicap ..."


Bertarikh 22hb Feb 2012

05 March 2012

Malam

Ayah telah berlepas ke Jakarta atas urusan kerja ...

Amir: "Ayah balik lambat, Mama jangan takut ye. Amir kan boy, Amir akan jaga Mama dan adik ... Amir ada taekwando, Amir kuat ... bla bla bla ..."

Mama: "OK ..."

Sekejap sahaja selepas itu dia datang semula ...

Amir: "Tapi Mama ... Boleh tak malam nanti Amir tidur dengan Mama ?"

Hehehe ... Tadi bukan main berbakul-bakul puji diri sendiri.

Bertarikh: 19hb Feb 2012

27 February 2012

Cakap-cakap

Mama ade kelas tambahan, jadi bawa Amir sekali. Dia takut duduk seorang di luar, jadi Mama bawa dia masuk ke dalam kelas dan dia memang tak kacau pun.

Bila dalam kereta di perjalanan balik, dia berkata:

Amir: "Mama, lain kali ada kelas, Mama kena bawak Amir tau ..."

Mama: "Kenapa?"

Amir: "Sebab Amir boleh tolong tengok budak-budak yang bercakap. Kalau budak-budak bercakap, Amir akan cakap kat Mama ... Mama bolehlah denda ... Tapi, tadi budak-budak cakap-cakap Mama tak marah pun ..."

Hahaha ... Dia dah biasa budaya di tadika tak boleh bising-bising, nanti cikgu dia marah ...

Bertarikh 19hb Feb 2012

20 February 2012

Terima kasih

Kami nak keluar beli barang, jadi Amir tanya nak naik kereta siapa. Kemudian Ayah cakap naik keretanya kerana dah diletakkan di luar.

Amir: "Alaaaa, naik la kereta Mama ... Kereta Mama cantik, luas pula tu, bersih ..."

Mama tgh dukung adik dan malas nak layan apa Amir cakap. Kemudian, Amir pandang Mama dan berkata:

Amir: "Mama, Mama patut cakap apa?"

Mama: "Cakap apa, naik aje lah kereta Ayah ..."

Amir: "Bukan ... Bukan ... Amir dah puji kereta Mama ni ..."

Mama: "So ?"

Amir: "Cikgu Amir cakap kalau orang puji kita, kita kena cakap terima kasih ..."

Mama: "Oooo OK ... Terima kasih ..."

Bertarikh: 19hb Feb 2012
 

06 February 2012

Rumahku Syurgaku

Amir: "Mama, ini syurgaku ..."

Mama: "Apa ??"

Amir: "Ini syurgaku !!" [ala-ala jerit]

Mama: "What ?? Tak payah jerit, Mama bukan tak dengar lah ..." [masih tidak faham]

Amir: "Cikgu Amir ajar ... Rumahku Syurgaku ... Ini [jari telunjuk tunjuk lantai rumah] jadi syurga ..."

Mama: "Ha'a ... Rumahku Syurgaku ...

Hehehe ... Baru Mama faham dia nak cakap apa ....

Bertarikh: 2hb Feb 2012

30 January 2012

G.I.L.A.

Mama tengah ajar Amir membaca dan mengeja perkataan dua suku kata ...

Amir: "G. I. L. A. Mama, gila ni apa ?" [gaya sebutan baku]

Mama: "Hmmm macam mana nak terangkan ... GILA tu maksudnya tak betul ..."

Amir: "Hmm, orang GILE ke mama ?" 

Mama: Ha'a, lebih kurang lah tu ..." 

Amir: "Tapi Mama, itu GILE ... bukannya GILA. Mana sama !!"

Betul juga cakap dia. Jadi, hargailah bahasa baku. Hehehe ...

Bertarikh: 16hb Jan 2012

25 January 2012

Tempurung

Tok Ma dan Atok sedang berbual. Kebetulan Amir tengah buat latihan matematik di sisi.

Tok Ma: "Tak nak lah Tok Ma jadi katak bawah tempurung ..." [sedang bercakap dengan Atok]

Amir: "Tok Ma, tempurung tu apa ?"

Tok Ma: "Tempurung tu, yang buah kelapa, yang bulat tu ..."

Amir: Oooo ... Tapi Tok Ma, kenapa pulak Tok Ma nak duduk bawah tempurung ? Kan Tok Ma dah ada rumah. Lagi selesa ..." 

Mama: Hahaha ...

Bertarikh: 16hb Jan 2012

16 January 2012

Sakit

Mama dah hampir 2 minggu makan ubat sebab demam, selsema, migrain dan gastrik. Kira pakej lengkap lah ... Amir datang lah picit-picit kepala. Hmmm, tak sampai pun 3 minit hehehe ...

Sambil tu dia cakap ...

Amir: "Mama, Allah bagi Mama sakit sebab Mama buat Allah marah ye. Mama jangan lupa minta maaf kat Allah ye ..."

Mama tersenyum dengar apa yang Amir cakap. Alhamdulillah dia dah besar. Terima kasih kerana ingatkan Mama, sayang ...

Bertarikh: 26hb Dis 2011

12 January 2012

6 jari

Perangai hisap jari Amir memang susah nak diubah ...

Mama: "Hisap lah jari tu ... Nanti tumbuh jadi 6 baru kamu tau ...

Amir: "Yea ... Yea ..." [dia main-mainkan Mama]

Mama: "Mama cakap elok-elok kamu buat macam tu ... Allah tu dengar apa yang Amir mintak... Allah bagi kamu 6 jari baru padan muka ..."

Amir: [Dengan muke serba salah] "Amir main-main aje ... Macam mane ni Mama ? Amir mintak maaf kat Allah lah ..." [terus dia angkat tangan dan berkata]: "Allah, minta maaf Allah ... Amir tak nak 6 jari ..."

Innocent sungguh anak-anak ni ...

Bertarikh: 26hb Dis 2011
 

09 January 2012

Al Fatihah

Mama tengah bagi adik Elan makan ubat ... 

Amir: "Kesian kan adik ... Asyik demam aje ... Amir baca kejap lah doa untuk adik ..."

Secara spontan dia baca Al Fatihah dan terus tadah tangan sambil berkata: "Ya Allah, tolonglah sihatkan adikku ..."

Terharu sangat mama mendengarnya. Terima kasih abang ...

Bertarikh: 26hb Dis 2011

02 January 2012

Kaki gatal

Lalu kawasan foot massage  ...

Amir: "Orang tu tengah buat apa ?" 

Mama: "Urut kaki ..."

Amir: "Kenapa dia urut kaki kat situ?"

Mama: "Kaki dia sakit agaknya, atau lenguh, atau terseliuh ..."

Amir: "Oooo ... Kalau kaki gatal ? Boleh pergi situ tak mama ?"

Mama fikir sekejap ... Hmmm, boleh ke tidak ye?

Bertarikh: 26hb Dis 2011