29 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 5

Apabila ditanya pengertian puasa pada Amir.
 
A (Amir): "Oooo ...  Puase tu tak boleh makan dan tak boleh minum ..."

 
M (Mama): Apa yang best tentang puasa ni ?

A: "Hmmm ... Amir suka sebab Mama bagi Amir minum air manis dan sejuk pulak tu ... [Mama memang terpaksa tak bagi dia minum ais sebab lelah] dan mestilah orang puasa boleh raya ... Hmmm ... Tapi adik pun boleh beraya walapun tak puasa ..." [nak jugak kaitkan adik dia]

 
M: Apa yang tak best kalau puasa ni dah habis ?
[Lama juga dia ambil masa nak jawab]

A: "Hmmm, Amir rasa mesti Amir akan gemuk balik lah Mama ..."

Hahaha ... Tulus aje jawapan dia ( :

Bertarikh: 14hb Ogos 2012

27 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 4

Dua minggu pertama jika balik dari sekolah, Amir mesti merungut-rungut haus. Mama pastinya akan berkata, "Sabarlah sayang ... 4-5 jam aje lagi ... Nanti minumlah ... Boleh pilih nak minum apa ..."
 
Lepas dua minggu, Amir balik dari sekolah dan masih merungut haus. Mama cuma kata, "Itu air kat dapur tu banyak ... Kalau haus pergi lah minum ..."

Secara automatiknya Amir akan menjawab, "Amir puasa lah Mama ... Kenapa Mama tak cakap macam yang Mama biasa cakap tu ..."

Hehehe ...

Bertarikh: 14hb Ogos 2012

17 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 3

Masa di kaunter Jasko* ... [*bukan nama sebenar]
Amir: "Mama, Amir nak buka dalam kereta, boleh ?"
Mama: "Ni kenapa tetiba pula nak buka puasa pulak ni, ni yg Mama malas bawa shopping ni ... Haaa ... Kan dah letih ... Bla bla bla ..."
Amir: "Mama, Amir cuma nak buka ni dalam kereta ..." [patung Ultraman yang Ayahnya beli tadi]
Oppsss ... Sorry ...
Bertarikh: 11hb Ogos 2012
 

15 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 2

Tokma: "Amir ni hari-hari makan akok. Sedap sangat ke ?"

Amir: "Mestilah sedap Tokma ..."

Tokma: Hmmm, eloklah tu, esok - esok kena kahwin dengan orang Kelantanlah kalau suka akok ..."
 
Amir: Hmmm tak bolehlah Tokma, esok Amir sekolah tadika lagi, baru enam tahun ..."

Hahaha ... Tergelak besar kami. Terkena juga Tokmanya ...

Bertarikh 26hb Julai 2012

13 August 2012

Seloka Ramadhan 1433H Amir: Bahagian 1

Amir: "Kuih apa Atok beli ni, tak sedap laaa ..."

Mama: "Tak baik cakap macam tu depan makanan, tak elok, dosa ..."

Amir: "Sorry Mama ..." Terus dia berpaling ke arah kanan, agak membelakangi makanan dan berkata, "tak sedap la kuih atok beli ni ...

Bertarikh: 26hb Julai 2012

10 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Maghrib - Isyak

Anakanda Amir akan sembahyang Maghrib dengan ayahnya. Dia begitu bersemangat nak solat Isyak diikuti sunat terawih yang diimamkan oleh datuknya di rumah. 

Semangatnya bertambah lagi kerana makcik dan datuknya akan upah RM 1 setiap kali berpuasa penuh dan solat terawih. Amir siap berkata, "Amir kayalah Mama ..." Hehehe ... 

Bertarikh 23hb Julai 2012

08 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Pasca berbuka

Alhamdulillah, bila sudah berbuka puasa barulah senyuman Amir jadi lebar sikit dan dia akan minta kain untuk bantu Mama lap meja makan. Tak bersih pun dia lap, sebab Mama yang kena lapkan semula ...
 
Bertarikh 23hb Julai 2012


06 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: 30 min ke waktu berbuka

Inilah waktu kronik, kerana dia akan pegang kuih akok dan tenung air yang dia beli sambil, "Adoiii, adoiii ... Tak tahan ..."

Tetapi Mama akan alihkan pandangan dengan cara meminta dia menyusun cawan dan pinggan di atas meja. Nasib baiklah yang Amir ini memang menurut perintah sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012


03 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 4 ~ 5 petang

Ayah akan ajak Amir pergi sembahyang Asar di surau dan terus ke bazar ramadhan. Bahagian ini yang dia paling suka sebab Mama benarkan dia pilih satu jenis air dan satu jenis makanan kesukaan. Sudah semestinya, kuih akok dlm senarai teratas ...

Bertarikh 23hb Julai 2012


01 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 2 ~ 3 petang

Amir: "Mama, sekarang dah pukul berapa ? Kena tunggu sampai pukul berapa ?"

Mulalah dia ambil jari Mama nak kira jam. Waktu ini dia dah gaya-gaya merengek tetapi nanti Mama umpan dengan permainan atau cuma urut-urut perut dia sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012