10 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Maghrib - Isyak

Anakanda Amir akan sembahyang Maghrib dengan ayahnya. Dia begitu bersemangat nak solat Isyak diikuti sunat terawih yang diimamkan oleh datuknya di rumah. 

Semangatnya bertambah lagi kerana makcik dan datuknya akan upah RM 1 setiap kali berpuasa penuh dan solat terawih. Amir siap berkata, "Amir kayalah Mama ..." Hehehe ... 

Bertarikh 23hb Julai 2012

08 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Pasca berbuka

Alhamdulillah, bila sudah berbuka puasa barulah senyuman Amir jadi lebar sikit dan dia akan minta kain untuk bantu Mama lap meja makan. Tak bersih pun dia lap, sebab Mama yang kena lapkan semula ...
 
Bertarikh 23hb Julai 2012


06 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: 30 min ke waktu berbuka

Inilah waktu kronik, kerana dia akan pegang kuih akok dan tenung air yang dia beli sambil, "Adoiii, adoiii ... Tak tahan ..."

Tetapi Mama akan alihkan pandangan dengan cara meminta dia menyusun cawan dan pinggan di atas meja. Nasib baiklah yang Amir ini memang menurut perintah sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012


03 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 4 ~ 5 petang

Ayah akan ajak Amir pergi sembahyang Asar di surau dan terus ke bazar ramadhan. Bahagian ini yang dia paling suka sebab Mama benarkan dia pilih satu jenis air dan satu jenis makanan kesukaan. Sudah semestinya, kuih akok dlm senarai teratas ...

Bertarikh 23hb Julai 2012


01 August 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 2 ~ 3 petang

Amir: "Mama, sekarang dah pukul berapa ? Kena tunggu sampai pukul berapa ?"

Mulalah dia ambil jari Mama nak kira jam. Waktu ini dia dah gaya-gaya merengek tetapi nanti Mama umpan dengan permainan atau cuma urut-urut perut dia sahaja (-:

Bertarikh 23hb Julai 2012


30 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 12 tengahari

Amir: "Aduiii, macam rasa laparlah [masa itu dia tertengok adik Elan minum susu].

Cepat-cepat Amir tutup mata sambil berkata:

Amir: "Elan, pergilah minum jauh sikit, abang puasa ni ..."

Bertarikh 23hb Julai 2012


27 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Waktu bersahur

Tidak susah hendak mengejutkan Amir. Dua kali menyebut namanya pasti dia akan terbangun. Amir akan berkata:

Amir: "Mama, Amir nak makan nasi banyak sikit supaya nasi ni dapat tunggu sampai petang. Nak Milo juga ye ..."

Bertarikh: 23hb Julai 2012