24 June 2011

Kamu

Mama: "Pergi ambil barang KAMU dalam kereta" ...

Amir: "Alahhh" ... (sambil tarik muka masam) "Urrmmm, 'KAMU' tu siapa?

Mama: " 'KAMU' tu Amir laaa" ...

Amir: "Taknak" ... (sambil menunjukkan dirinya sendiri) ... "Ini bukan 'KAMU' ... ini Amir" ... 

Eiisshh budak ni, orang guna kata ganti nama pun salah ... 

Bertarikh 19hb Jun 2011, jam 1640

20 June 2011

Hensem

Dari diskusi penulis dengan ibu Amir melalui email:

Saya pernah juga tunjuk blog ni kat Amir. Dia tanya, "Kenapa kawan mama ambil gambar Amir?"

Saya cakaplah, "Uncle ni suka Amir" ...

Selamba dia jawab, "Kawan Mama suka sebab Amir HENSEM yer? "

Perasan betul budak ni ...

Bertarikh 19hb Jun 2011, jam 1639

18 June 2011

Terima kasih, korang ...

Setinggi - tinggi ucapan terima kasih pada rakan - rakan yang telah melawat, menjadi followers, merekemenkan blog ini kepada rakan - rakan yang lain dan seterusnya meninggalkan komen di entry blog mahupun secara peribadi. Amir (dan penulis) sayang anda semua !! Muahhhh ...

Nota:
Imej beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar, itupun jika sudi hehehehe ...


 Pengikut - pengikut Amir, sehingga pagi 18hb Jun 2011, 9 rakan di Google Friend Connect & 89 rakan di Networked Blogs. Cayalah korang !!


Sebahagian rakan - rakan di Networked Blogs (Bahagian 1)


Anda tiada di Bahagian 1? Kat sini ada kot ...


Kalau tiada di Bahagian 1 & 2, di sini konfem ada ...


Cari Networked Blogs dalam Facebook anda, dan anda akan menjumpai halaman sebegini


 Jangan lupa untuk memberikan RATING ( :



Amir kan orang Melayu ...

Tengah syok melayan cerita Korea ... Tiba - tiba datanglah sorang mamat (siapa lagi kalau bukan Amir). Dengan nada yang cukup annoying dia kata, "Apa yang dia cakap tu, Amir tak pahamlah ... Amir kan orang Melayu" ...
 Ada penggemar drama Melayu rupanya ... Hahahaha ... Sorry lah Amir, kalau nak tengok cerita Melayu sila tengok TV di bawah yer ... TV atas TV Korea, OK ...
Bertarikh 16hb Jun 2011, jam 1851

13 June 2011

Jangan makan epal ...

Amir: "Kenapa Mama tak makan nasi ?"

Mama: "Mama diet" (hehehe, konon - konon) ...

Amir: "Kenapa makan buah ? " (memang masa tu tengah makan epal)

Mama: "Epal takpe, tak menggemukkan" ...

Amir: Kalau camtu, Mama jangan laa makan epal" ...

i asked him WHY?

Selamba dia jawab, "Cuba Mama tengok, epal tu kan bulat, nanti Mama pun bulat macam epal pulak" ...
 
Bertarikh 10hb Jun 2011, jam 1558

10 June 2011

Belajar siang - malam, siang - pagi ...

Amir: "Amir asyik kena belajar je, siang - malam, siang - pagi (perumpamaan baru). Penat laaa ... Mama dulu pun Tok Ma suruh belajar jugak ke?"
Mama: "Iyelah ... Dulu Tok Ma suruh Mama, sekarang Mama suruh lah Amir pulak" ...
Amir: "Habis? Amir nak suruh sape? Amir suruh adik, boleh tak mama ?" Tanpa diiyakan, dia terus je sound Elan ... "Adik, cepat belajar" ...
Bertarikh 9hb Jun 2011

Kacak ...

Amir: "Waahhh ... Cantiknya rambut ayah ... Ayah nampak 'KACAK' laaa" ...
"Hahahahaha ... if guna word 'hensem' OK lagi coz it's common, ni guna 'kacak' ... Banyak baca kamus anak aku ni ... Hahahahaha" ...
Mama: "Mr. M.F, you memang kacak la today" ... hehehe ...
Bertarikh 1hb Jun 2011, jam 2055