Amir dalam siri ini, bukanlah peserta siri realiti Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak. Beliau merupakan putera sulung kesayangan pada pasangan encik MF & puan SA dari Shah Alam, Selangor. Baru sahaja memasuki sekolah rendah. Kecil - kecil cili padi, perspektifnya kekadang di luar kotak pemikiran budak sebayanya. Moga Amir akan menjadi warga yang soleh untuk Tuhannya, ibubapanya & juga negaranya. Amin ...
28 November 2011
23 November 2011
Basuh sendiri
Mama dah settle basuh segunung baju adik, Amir baru sibuk nak bagi seluar kecik dia ... So, I said ...
Mama: "Amir basuhlah sendiri, Allah sayang budak yang suka tolong Mama dia ..."
Surprisingly, he just say ...
Amir: "OK ... Mama tolong ajarkan, boleh ..."
Mama nak testing Amir aje ( :
Bertarikh 10hb Nov 2011, jam 1811 petang
21 November 2011
TV Kecik
Amir: "Mama ... Cuba tengok TV kita ni. Amir rasa kan ... KECIK aje ... Tapi TV Tok Ayah ... BESAR betul ... Kan Mama ... Tak best laaa kan Mama, TV KECIK ..."
Mama: "Cik Sue FZ, cuba jawab sikit soalan Amir tu ..."
Bertarikh 9hb Nov 2011, jam 1629 petang
14 November 2011
Rebut - rebut
Tengah menonton drama bersiri Korea dengan Amir. Kemudian, dia bertanya.
Amir: "Kenapa hero tu, Mama ?"
Mama: "Dia frust" ...
Amir: "Oooo, ni mesti lelaki ni berebut-rebut ... Apa laaa ... Buat malu aje ..."
Ermmm ... Mama terdiam tak tau nak balas apa huhuhu ...
Bertarikh: 11hb Nov 2011
09 November 2011
Sampai syurga ...
Ayah Cik nya dah janji, balik Raya Haji nanti dia akan belikan mainan. Jadi, perkara pertama yang dia ingat bila sampai kampung ialah mainan Transformers nya tu.
Amir: "Bestnya mainan yang Ayah Cik beli ni ... Amir sayang sangat, Amir akan jaga baik-baik sampai SYURGA ... Kan Mama ...
04 November 2011
Bibik
Amir: "Amir rindu kat Bibik la.. Bila bibik nak balik ni ?" [Bibik baru fly this morning]
Mama: "Bibik balik Indonesia kejap aje ..."
Amir: "Mama, bibik balik Indonesia. Jadi Mama boleh cakap Bibik balik kampung ! Tapi Mama ingat tau, Mama tak boleh cakap Nenek tinggal kat kampung.
Mama: "Kenapa ?" [sengaja nak tanya]
Amir: "Sebab Bibik cakap rumah Bibik buruk, tak ada apa-apa pun ... Jadi itulah kampung ... Kan, Mama !!"
30 October 2011
Taktik
Mama tengah makan coklat, Amir ada kat tepi jeling-jeling. Memang nampak Amir jeling, tapi buat tak tau aje ...
Amir: "Mintak sikit, boleh mama?"
Mama: "Boleh, tapi kena buat reading dulu. Baca kuat-kuat, Mama nak dengar."
Dia mulalah baca buku dengan suara kuat. Dalam 10 minit then dia datang kat Mama sambil tunjuk tengkuk dia.
Amir: "Mama, cuba tengok tengkuk Amir. Amir rasa sakit betul tengkuk Amir ni." [sambil geleng kepala perlahan]
Mama: [Hahaha ... i dah tau dah alasan dia nak ngelat. So i just said] "Ala kesiannya ... Hmmm Amir gi berehat lah ye ... Kesiannn Amir ... Coklat ni biarlah Mama yang habiskan."
Amir: "Sakit tengkuk je Mama ... Coklat boleh makan."
Mama: "Ehhh tak boleh, bila Amir baca buku, Amir baca dengan mulut kan ?"
Amir: [Mengangguk]
Mama: "Masa Amir baca buku, tiba-tiba tengkuk sakitkan. Jadi bila nak makan coklat, still kena guna mulut kan ? So nanti sakit lagi ... Kesian Amir ..."
Amir: "Ehhh mama ... Cuba tengok ni ... [pusing kepala laju-laju] Amir dah sihat ni." [tanpa mama sambung ayat seterusnya, dia terus je sambung membaca]
Hahahaha ... Mama dah masak laaa dengan taktik Amir tu !!
Bertarikh 26hb Okt 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
