27 February 2012

Cakap-cakap

Mama ade kelas tambahan, jadi bawa Amir sekali. Dia takut duduk seorang di luar, jadi Mama bawa dia masuk ke dalam kelas dan dia memang tak kacau pun.

Bila dalam kereta di perjalanan balik, dia berkata:

Amir: "Mama, lain kali ada kelas, Mama kena bawak Amir tau ..."

Mama: "Kenapa?"

Amir: "Sebab Amir boleh tolong tengok budak-budak yang bercakap. Kalau budak-budak bercakap, Amir akan cakap kat Mama ... Mama bolehlah denda ... Tapi, tadi budak-budak cakap-cakap Mama tak marah pun ..."

Hahaha ... Dia dah biasa budaya di tadika tak boleh bising-bising, nanti cikgu dia marah ...

Bertarikh 19hb Feb 2012

20 February 2012

Terima kasih

Kami nak keluar beli barang, jadi Amir tanya nak naik kereta siapa. Kemudian Ayah cakap naik keretanya kerana dah diletakkan di luar.

Amir: "Alaaaa, naik la kereta Mama ... Kereta Mama cantik, luas pula tu, bersih ..."

Mama tgh dukung adik dan malas nak layan apa Amir cakap. Kemudian, Amir pandang Mama dan berkata:

Amir: "Mama, Mama patut cakap apa?"

Mama: "Cakap apa, naik aje lah kereta Ayah ..."

Amir: "Bukan ... Bukan ... Amir dah puji kereta Mama ni ..."

Mama: "So ?"

Amir: "Cikgu Amir cakap kalau orang puji kita, kita kena cakap terima kasih ..."

Mama: "Oooo OK ... Terima kasih ..."

Bertarikh: 19hb Feb 2012
 

06 February 2012

Rumahku Syurgaku

Amir: "Mama, ini syurgaku ..."

Mama: "Apa ??"

Amir: "Ini syurgaku !!" [ala-ala jerit]

Mama: "What ?? Tak payah jerit, Mama bukan tak dengar lah ..." [masih tidak faham]

Amir: "Cikgu Amir ajar ... Rumahku Syurgaku ... Ini [jari telunjuk tunjuk lantai rumah] jadi syurga ..."

Mama: "Ha'a ... Rumahku Syurgaku ...

Hehehe ... Baru Mama faham dia nak cakap apa ....

Bertarikh: 2hb Feb 2012

30 January 2012

G.I.L.A.

Mama tengah ajar Amir membaca dan mengeja perkataan dua suku kata ...

Amir: "G. I. L. A. Mama, gila ni apa ?" [gaya sebutan baku]

Mama: "Hmmm macam mana nak terangkan ... GILA tu maksudnya tak betul ..."

Amir: "Hmm, orang GILE ke mama ?" 

Mama: Ha'a, lebih kurang lah tu ..." 

Amir: "Tapi Mama, itu GILE ... bukannya GILA. Mana sama !!"

Betul juga cakap dia. Jadi, hargailah bahasa baku. Hehehe ...

Bertarikh: 16hb Jan 2012

25 January 2012

Tempurung

Tok Ma dan Atok sedang berbual. Kebetulan Amir tengah buat latihan matematik di sisi.

Tok Ma: "Tak nak lah Tok Ma jadi katak bawah tempurung ..." [sedang bercakap dengan Atok]

Amir: "Tok Ma, tempurung tu apa ?"

Tok Ma: "Tempurung tu, yang buah kelapa, yang bulat tu ..."

Amir: Oooo ... Tapi Tok Ma, kenapa pulak Tok Ma nak duduk bawah tempurung ? Kan Tok Ma dah ada rumah. Lagi selesa ..." 

Mama: Hahaha ...

Bertarikh: 16hb Jan 2012

16 January 2012

Sakit

Mama dah hampir 2 minggu makan ubat sebab demam, selsema, migrain dan gastrik. Kira pakej lengkap lah ... Amir datang lah picit-picit kepala. Hmmm, tak sampai pun 3 minit hehehe ...

Sambil tu dia cakap ...

Amir: "Mama, Allah bagi Mama sakit sebab Mama buat Allah marah ye. Mama jangan lupa minta maaf kat Allah ye ..."

Mama tersenyum dengar apa yang Amir cakap. Alhamdulillah dia dah besar. Terima kasih kerana ingatkan Mama, sayang ...

Bertarikh: 26hb Dis 2011

12 January 2012

6 jari

Perangai hisap jari Amir memang susah nak diubah ...

Mama: "Hisap lah jari tu ... Nanti tumbuh jadi 6 baru kamu tau ...

Amir: "Yea ... Yea ..." [dia main-mainkan Mama]

Mama: "Mama cakap elok-elok kamu buat macam tu ... Allah tu dengar apa yang Amir mintak... Allah bagi kamu 6 jari baru padan muka ..."

Amir: [Dengan muke serba salah] "Amir main-main aje ... Macam mane ni Mama ? Amir mintak maaf kat Allah lah ..." [terus dia angkat tangan dan berkata]: "Allah, minta maaf Allah ... Amir tak nak 6 jari ..."

Innocent sungguh anak-anak ni ...

Bertarikh: 26hb Dis 2011