31 August 2011

Mintak untuk adik

Mama ajar Amir salam raya. Amir ni pemalu sikit orangnya. Nak salam raya pun kena prektis hehehe ...

Mama: "Bila salam kena cium tangan. Salam dua belah tangan. Orang bagi duit raya kena cakap terima kasih" ...

Amir: "Kalau pakcik tak bagi Amir?"

Mama: "Eisshhh, jangan mintak pulak tau" ...

Jadi, kami mulakan perjalanan. Sampai rumah ketiga, kebetulan nak balik Amir memang dah dapat duit raya.

Amir: "Atok" ... Sambil menunjuk kat arah Arif Idlan yang memang sedang lena diulit mayang (tidur). "Atok, adik tak dapat lagi ... Atok bagi lah adik pulak" ...

Mama: "Adoiii budak ni !! Amir, malulah ... Janganlah mintak, kan mama pesan tadi" ...

Amir: "Amir tak mintak untuk Amir, Amir minta untuk adik" ...

Bertarikh: 31hb Ogos 2011


28 August 2011

Angkasa lepas

Teringat pesanan seorang rakan: Apabila kita berbual - bual dengan anak - anak, cuba terapkan cita - cita pada mereka dari kecil lagi
 
Amir: "Mama, kejap lagi kena reading kan ?"

Mama: [Nak cuba approach yang baru] "Ye ... Amir kan nak jadi doktor ..."

Amir: "Mama ni tersalah ke? Bukan doktor ..." [sambil menggeleng - geleng kepalanya] "Mama lupa ke ?"

Mama: [Serious terlupa] "Mama tak ingatlah ..."

Amir: "Amir nak jadi 'angkasa lepas' ... Nanti Amir telefon mama dari atas sana ..."


Mama: "Oooo ... Nak jadi astronaut rupanya ..." [dalam hati ni, ingat nak jadi Ultraman, hehehe...]

Kebetulan ayahnya ada: "Ooo, itu cita - cita ayah dulu ..." [masa kecik - kecik]

Amir: Dengan nada selamba, "Kenapa ayah tak jadi astronaut, ayah tak rajin belajar ye dulu ...

Hahaha ... Free - free ayahnya kena sakat ( : 


Bertarikh 24 Ogos 2011 


23 August 2011

Berat

Amir: "Tolong mama ... Adik berat ni ..."



Bertarikh 19hb Ogos 2011 jam 2229



22 August 2011

Orang jahat

Mama & hubby tengah makan malam. Datanglah hero hensem kami ni ...

Amir: "Mama, dekat tv tu Amir selalu tengok, kalau orang tu kena tangkap, kenapa dia kena tutup mata ?"

(Rupanya selama dia tengok berita dengan kami, memang dia nak tanya pasal ni) 

So, ayahnya tolong jawab: "Sebab orang tu malu !!"

Amir: "Dia buat apa ?"

Mama: "Orang tu buat jahat lah, pasal tu polis tangkap"... "So, kalau Amir tak nak kena tangkap, tak boleh buat jahat tau !"

Amir: Sempat lagi dia mengomel pada kami, "Amir nakal aje bukan jahat, tak payah lah tutup mata"...

Grrrrr, geramnya kami ...

Bertarikh 01.08.2011, jam 1855


21 August 2011

Purple

Mama: "Amir, tolonglah Mama, tengok-tengokkan warna purple untuk baju adik ni" ...
Amir: "Mama, Amir ni dah cari, penat dah tengok kanan, tengok kiri, takde purple la Mama ...Purple tu kan warna girl ... Boy mana pakai purple !!" (ayat malas cari sebab mata fokus bahagian mainan)
Mama: "Siapa kata boy tak boleh pakai purple ... pink pun boleh tau ... kan, kan encik MF" hehehe ...
Bertarikh 20hb Ogos 2011

04 August 2011

Syaitan diikat ...

Dikesempatan Amir tak tahu erti puasa, jadi Mama ambil sedikit kesempatan memberikan sedikit tazkirah (ayahnya dah pergi terawih), Mama duduk rumah jaga anak - anak.

Mama: "Bulan puasa ni, kita tak boleh makan depan orang" ... "Berdosa tau, Amir nak puasa tak ?"

Amir: "Tak boleh makan & minum air ke mama?" "Amir tak nak makan tapi Amir kena minum susu lah mama, nanti sakit perut" ...

Mama: "Grrrr"... "Sabar ajelah"... "Bulan puasa ni semua Syaitan diikat". "Dia tak boleh ganggu kita" ...

Amir: "Allah ikat dengan tali yer Mama?"

Mama: "Errkkk??" ...

Bertarikh 01.08.2011, jam 1840


03 August 2011

Six One One (611)

Amir: "Kalau kita buat baik, kita akan masuk syurga kan mama ?" "Cikgu Linda yang cakap"... "Cikgu cakap syurga best" ...

Mama: "Memanglah, betul lah apa yang cikgu Amir cakap. Tapi nak masuk syurga, kena jadi budak baik, dengar cakap, rajin belajar, bla...bla...bla..."

Amir: Dengar dengan penuh khusyuk sambil pikir yang mana dia dah buat. "Mama lupa satu lah" ...

Mama: "Apa dia?"

Amir: "Amir kan selalu tolong kelakarkan adik hahaha"... (description dia buat adik Elan ketawa).

Amir: "Mama, amir nak tanya ni ?" "Dekat syurga ada TV tak? Ada six one one* tak?"

* merujuk pada saluran di rangkaian tv berbayar

Bertarikh 01.08.2011, jam 1848


 Gambar terbaru Amir bertarikh 20.07.2011


01 August 2011

Ramadhan

Mama: "Esok kita akan sambut Ramadhan"...

Amir: "Yeayy yeayy"... Seronok sungguh dia ...

Mama: Konpius sekejap mamanya ... So I just ask him, "Amir tahu tak Ramadhan tu apa ?"

Amir: Sambil ketawa ... "Amir tak tau la mama, tapi bunyi Ramadhan tu macam seronok betul" ... "Sebab tu Amir suka" ... 

Bertarikh 01.08.2011, jam 1831