30 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Jam 12 tengahari

Amir: "Aduiii, macam rasa laparlah [masa itu dia tertengok adik Elan minum susu].

Cepat-cepat Amir tutup mata sambil berkata:

Amir: "Elan, pergilah minum jauh sikit, abang puasa ni ..."

Bertarikh 23hb Julai 2012


27 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Waktu bersahur

Tidak susah hendak mengejutkan Amir. Dua kali menyebut namanya pasti dia akan terbangun. Amir akan berkata:

Amir: "Mama, Amir nak makan nasi banyak sikit supaya nasi ni dapat tunggu sampai petang. Nak Milo juga ye ..."

Bertarikh: 23hb Julai 2012


25 July 2012

Diari Ramadhan 1433H Amir: Introduksi

Mesej dari ibu Amir:

Alhamdulillah, anakanda Amirul berjaya mengharungi ujian untuk dua hari permulaan puasa. Bagi orang yang pertama kali berpuasa, memang Mama kena banyak sabarkan dia. Hehehe ... 

Bertarikh: 23hb Julai 2012


23 July 2012

Belajar sesuatu

Suatu hari, ketika makan malam dengan Amir ... 
Amir: "Ayah, apa Ayah belajar hari ini ?"
Ayah: "Huh ..." [terdiam tidak berkata apa]
Biasanya aku yang tanya soalan itu, hari ini dia pula yang bertanyakan.
Tetapi selepas pada itu terpikir juga, takkan dalam satu hari kita tidak belajar apa-apa ?
Atau kita tidak sedar yang kita sebenarnya dah belajar sesuatu ...
Bertarikh: 19hb Jul 2012
 

11 July 2012

Susu adik

Amir: "Nanti Amir nak minumkan susu adik, ye Ayah ..."
Ayah: "Tak boleh ..."
Amir: "Alaaa Ayah, Amir nak minumkan susu adik. Boleh laa ayah ..."
Ayah: "Tak boleh. Amir minum la susu Amir sendiri ...
Amir: Ayahhh ... Amir bukan nak minum susu adik laaa .. Amir cuma nak pegang susu adik bila adik minum laaa ...
Hahaha ... Tergelak tengok dia tension ... Saje aje Encik MF menyakat anak ...
Bertarikh 26hb Mac 2012
 

05 July 2012

Anggur

Mama: "Amir, tolong ambilkan Mama anggur dua-tiga biji ..."

Amir: "Kena ambil lima biji ke, Mama ?"

Mama: "Tak payahlah banyak-banyak ... Mama nak dua-tiga biji aje ..."

Amir: "Tapi nak ambil berapa sebenarnya ni ? Mula-mula Amir kena ambil dua biji ... Lepas tu, Amir kena ambik tiga ... Kan jumlahnya lima biji ..."

Mama: "Ishhh budak ni ... OK, Amir ambilkan mama tiga biji, boleh ?" [suara dah tinggi; nak makan buah anggur pun nak kena prektis matematik juga ke ?)

Amir: "Haaa ... Kan senang Mama cakap tiga biji ..." (terus pergi ambil, tak tanya apa-apa)

Bertarikh: 23hb Jun 2012