26 March 2012

Cerita dongeng

Mama ajar Amir baca buku cerita 'Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil'. Bolehlah baca walaupun merangkak-rangkak.  Tapi, baca satu cerita ni pun pelbagai soalan Amir tanyakan yang Mama tak boleh nak terangkan. Antara soalannya:

(1) "Ibu tiri tu apa Mama, emak juga kan ? Kenapa dipanggil tiri?"

(2) "Orang kerdil ni orang kecil ye ? Amir ni pun kerdil juga ke? Sebab Amir kecil ..."

(3) "Mama, kenapa permaisuri ni bercakap dengan cermin?"

(4) "Mama, Puteri Salji ni muat ke nak masuk rumah orang kerdil ni ? Puteri salji kan besar ?"

(5) Kenapa Putera Raja tu nak cium Puteri pula ? Kalau cium boleh hidup balik ke? 

Naik stress Mama nak jawab perihal cerita dongeng ni.

Bertarikh 16hb Mac 2012
 

19 March 2012

Orang Utan

Masa pergi ekspo di Shah Alam. Ada banyak poster, dan ada beberapa yang menarik minat Amir.

Amir: "Mama, ni kura-kura kan Mama ?"

Mama: "Taklah, ini penyu. Kura-kura kecil, penyu besar ..."

Amir: "Ooo, ini apa pula Mama ?"

Mama: "Ini Orang Utan."

Amir: [Muke berkerut dan geram.] "Mama! Amir ni tanya, Mama jawablah elok-elok. Nama ni apa ?"

Mama: "Betul lah Mama cakap. Orang Utan !"

Amir: "Tapi Mama cuba tengok betul-betul. Itu kan haiwan, kenapa Mama kata dia orang pula ??"

Kebetulan masa dia cakap tu ramai pula orang sekeliling. Senyum simpul aje lah Mama ...

Bertarikh: 16hb Mac 2012

12 March 2012

Nama 'kecik'

Dalam perjalanan pulang setelah mengambil Amir ...

Amir: "Mama, tu kawan Amir. Nama dia Asraf. Cuba Mama teka 'nama kecik'  dia apa ?"

['Nama kecik' ?? Hahaha tergelak dalam hati ... Nama timangan lah tu ...]

Mama: "Asraf ... Ooo senang aje ... Panggil Acap la kan ..."

Amir: "Taklah ... Kawan-kawan panggil dia Kicap ... Nama dia macam nama makanan kegemaran Amir kan Mama ... Nasi + Telur + Kicap ..."


Bertarikh 22hb Feb 2012

05 March 2012

Malam

Ayah telah berlepas ke Jakarta atas urusan kerja ...

Amir: "Ayah balik lambat, Mama jangan takut ye. Amir kan boy, Amir akan jaga Mama dan adik ... Amir ada taekwando, Amir kuat ... bla bla bla ..."

Mama: "OK ..."

Sekejap sahaja selepas itu dia datang semula ...

Amir: "Tapi Mama ... Boleh tak malam nanti Amir tidur dengan Mama ?"

Hehehe ... Tadi bukan main berbakul-bakul puji diri sendiri.

Bertarikh: 19hb Feb 2012